SELAMAT DATANG

coretan dan kisah-kisah ku akan di kongsikan disini..
sekian terima kasih

Thursday, June 3, 2010



KOLEJ KOMUNITI ARAU

Assalamualaikum W.B.T.
Pada12.01.2010 aku telah berdaftar di kolej komuniti arau iaitu tempat aku belajar sekarang, disitu aku mengambil jurusan pemprosesan dan kawalan mutu makanan. Minggu pertama aku di KKA, aku telah menjalani minggu suai kenal bersama pelajar-pelajar baru di situ. Pada minggu suai kenal aku telah di kenaikan dengan pensyarah-pensyarah yang akan mengajar aku selama 2 tahun aku di KKA,pensyarah kat KKA sangat sporting. Macam-macam aktiviti kami lakukan sepanjang minggu suai kenal dijalankan aku berasa sangat seronok berada di KKA. Aku telah menjumpai teman-teman baru di KKA. Walaupu aku baru sahaja mengenali mereka tetapi aku rasakan mereka semua tidak lah sombong.

Inilah sahabat aku yang telah banyak menolong aku dalam melaksanakan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah dan mereka juga yang selalu mendengar masalah aku jika aku di ada masalah. Mereka juga banyak memberi nasihat kepada aku.
Selesai sahaja minggu suai kenai, aku telah masuk ke kelas pertam iaitu kelas APK103(pemprosesan roti dan pastry) aku telah didedahkan dengan cara membuat roti dan pastry, aku merasakan aku tidak boleh membuatnya tetapi dengan tunjuk ajar Cik Dilah aku telah yakin dengan diri aku yang aku boleh melakukannya. Selepas selesai aku melakukan roti pertama penghasilan aku, aku merasa sangat seronok kerana perkara baru telah aku lakukan. Bersyukurnya aku kepada ilahi kerana aku dapat mencuba perkara baru ini.
Ini lah penghasilan yang telah aku lakukan ialah roti croissants yang. Walaupun aku baru sahaja melakukannya tetapi roti menjadi juga seperti sedia kala.
Ini adalah pai apple yang telah aku hasilkan bersama ahli kumpulan aku..

Nilai sebuah persahabatan

Walaupun apa yang telah kita lakukan selama ini yang lebih mementingkan BF lebih daripada kawan-kawan, tetapi lihatlah hari ini saat kita berduka ditinggal oleh cinta dan siapa yang ada di sisi kita? Kawan-kawan yang pernah satu ketika dahulu kita abaikan. Betapa sucinya hati mereka kerana masih ingin berada di saat kedukaan kita.Terima kasih kawan. Belajarlah suatu hari nanti bahawa nilai persahabatan memang tidak boleh ditukar ganti. Buktinya, kita masih memiliki kawan-kawan seperi dulu yang menasihati kesalahan kita,yang masih sama mendukung impian dan cita-cita bersama.Indahnya erti persahabatan ini dan inginkan sekali kita sayang dengan rakan.Kini kita mengangkat tangan dan berjanji yang siapa pun selepas ini memiliki hati kita kedua kalinya,tidak akana kita ulangi kesilapan lalu mengabaikan persahabatan demi cinta yang masih belum tahu hujung pangkalnya. Jika mereka memilih untuk menyintai kita,mereka juga perku menerima kita mempunyai kawan-kawan dan hargai persahabatan kami. Kita tidak mahu kehilangan sahabat demi seorang lelaki. Kita bernasib baik luka yang ditinggalkan diubati oleh kawan-kawan yang tidak pernah jemu berada di sisi kita. Kita sangat sayang dengan kawan-kawan kita…